Thursday, September 10, 2009

Adab Penuntut 1

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassholatu wassalamu ala rasulillahil amin. Wa ala alihi wa sohbihi kulluhum ajma-in. Amma ba’du,

Maka ini satu ringkasan buat tatapan sahabat-sahabat dan saudara-saudara seagama yang menuntuti jalan Allah Subhanu Wa Taala yang mulia iaitu menuntut ilmu yang bangsa syarak.

Menulis oleh saya akan ini ringkasan sekalipun bukanlah saya ini ahli dalam bidang ini, adalah semata-mata memenuhi permintaan sahabat saya jua yang meminta tolong akan saya bahawa saya membantu menyemarakkan blog Maktab Mahmud cawangan Yan yang amat saya cintai ini dengan artikel-artikel yang menarik. Lagi pula, amatlah rugi bagi saya sekiranya dibiarkan sahaja blog yang dibina atas dasar mahabbah dan ikhlas ini. Semoga anda semua mendoakan kesejahteraan bagi pemilik blog ini dan bagi saya di dunia dan di akhirat.

Selepas puas berfikir, adalah elok bagi pendapat saya sekiranya saya menulis ringkasan berkenaan Adab Penuntut Ilmu kerana kebanyakan dari kita termasuk dalam golongan pelajar. Sayugia bagi kita mengetahui adab-adab seorang pelajar supaya mudah bagi kita memperoleh ilmu yang berkat dan bermanfaat.

Ringkasan ini akan ditulis dalam bentuk bersiri. In Sya Allah akan diupdate pada setiap minggu jika tiada sebarang kesulitan.

Maka memulailah saya akan ringkasan ini dengan syair arab yang dikatakan daripada Imam Besar kita yang Mulia Al-Imam As-Syafie Radhiyallahu Anhu.

أخي لن تنال العلم إلا بستة # سأبينك عن تفصيلها ببيان.
ذكاء وحرص و اجتهاد وبلغة # نصيحة أستاذ وطول زمان.

Hai saudaraku! Tidak akan kamu beroleh ilmu melainkan dengan enam perkara #
Akan kuterangkan kepada engkau perinciannya dengan nyata.
1) Cerdik, 2) Loba / Berhimmah tinggi, 3) Bersungguh-sungguh, 4) Ada Bekalan / Belanja #
5) Panduan Guru, 6) Lama Masa.

Fasal Pada Menyatakan Hakikat Ilmu Dan (Ilmu) Fiqh Serta Kelebihannya

Bersabda Rasulullahi Shollallahu Alaih Wasallam :

طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
“Bermula menuntu ilmu itu wajib keatas setiap orang muslim dan muslimah.”

Ketahui olehmu, bahawasanya tidaklah wajib atas kita menuntuti kesemua cabang ilmu tetapi hanya ilmu hal sahaja iaitu :-
1. Usuluddin / Tauhid
2. Syariat / Fiqh

Dikatakan :
أفضل العلم علم الحال وأفضل العمل حفظ الحال

“Sebaik-baik ilmu itu Ilmu Hal, dan sebaik-baik amal itu memelihara hal.”

Bersambung Minggu Depan In-Sya-Allah.....

No comments:

Post a Comment