Sejarah MMCY

Di kawasan yang sunyi, tenang dan suram tersergam sebuah institusi agama yang dapat menampung hampir 160 orang pelajar tingkatan 1 terdiri daripada pelajar putera dan puteri. Maktab Mahmud Cawangan Yan asalnya adalah Sekolah Agama At-Tarbiah Al-Auladiah Ad-Diniah yang telah diasaskan oleh Tengku Abdul Jamil dan Tengku Abdul Hamid bin Sheikh Umar pada tahun 1738 M bersamaan tahun 1357 H.

Sekolah ini tersergam indah di atas sebuah tapak yang agak luas hasil sumbangan wakaf ikhlas penduduk Kampung Acheh. Dalam jangka masa 30 tahun berlalu sebelum bangunan sekolah menjadi hak milik Lembaga Maktab Mahmud ianya lebih berfungsi sebagai pusat gerakan belia tempatan di bawah seliaan KEMAS dalam menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuka bengkel-bengkel kemahiran, mekanikal, cop batik dan sebagainya.

Kemudiaannya ia diambil oleh Koperasi Kampung Acheh yang lebih dikenali sebagai Koperasi SABENA pada tahun 1995 bagi menjalankan operasinya disamping melengkapkan prasarana di kampung Acheh. Memandangkan niat asal pembinaan bangunan tersebut adalah ingin menubuhkan sekolah agama, oleh itu koperasi SABENA telah mengambil satu alternatif bagi mengalihkan fungsinya sebagai institusi agama yang termasyhur kepada Lembaga Maktab Mahmud pada awal Januari 1999.

Akhirnya Maktab Mahmud menubuhkan cawangannya di Yan. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti bangunan sekolah, pejabat, bilik guru, makmal sains, kantin, bengkel kemahiran, asrama sekolah serta rumah tangki air yang sistematik dan canggih. Jawatankuasa kecil pentadbiran Maktab Mahmud Cawangan yan ini diterajui oleh seorang penyelia sambil dibantu oleh 10 orang guru dan 4 kakitangan bukan akademik.

Sistem persekolahan tetap sama dengan agenda pembelajaran dan pengajaran di Maktab Mahmud Induk iaitu berpandukan kepada sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan turut mengekalkan sukatan Al-Azhar yang sedia ada. Pelajar-pelajar Maktab Mahmud Cawangan Yan turut berpeluang melibatkan diri dalam akitivti-aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan akademik, kelab-kelab permainan dan pasukan pakaian seragam begi melatih kepimpinan dalam diri setiap pelajar.

Kini dengan tertubuhnya Maktab Mahmud Cawangan Yan diharap visi dan misi Maktab Mahmud mengejar keagunagan silam terilham nyata.

Perintis MMCY

Disebalik kegemilangan MMCY di awl kelahiran.....

Inilah wajah insan-insan yang terawal memikul tanggungjawap sebagai pendidik serta pembimbing kepada putera puteri MMCY. Bertindak selaku ayah dan ibu dan berkongsi suka duka bersama. Insan-insan ini juga yang merintis kecemerlangan dan kegemilangan MMCY.

Berdiri: Cikgu Yuhyi, Cikgu Rohaizat, Cikgu Zaiton, Kak Madihah.
Duduk: Ustaz Nasir, Ustaz Thalal, Ustaz Hasan Basri, Abg Zubir aka Ustaz Zubir, Ustazah Wan Suhairan, Cikgu Suraya.

p/s: - Ustaz Jamil (penyelia MMCY yang pertama) tiada dalam gambar.
      - Majoriti guru-guru belum berkahwin lagi (cikgu Rohaizat, Cikgu Zaiton, Kak Madihah,
        Ustaz Zubir, Ustaz Thalal dan Cikgu Yuhyi).

Dari kiri : Abg Rizal, Sir Amir, Ustaz Thalal, Ustaz Kassim dan Ustaz Nasir. Sir Amir sir pertama MMCY.

MMCY makin mantap dgn kemunculan wajah2 baru iaitu Sir Azman (mengantikan Sir Amir), Ustaz Adam, Ustaz Shaubari, Ustaz Ruhaizad (xpasti ejaan nama), dan Ustaz Khairul Anwar....Abang Zaki aka pemandu kenderaan rasmi MMCY. Ketika ini Ustaz Kassim mengambil alih tampuk pimpinan sebagai penyelia MMCY yang kedua.

 MMCY diserikan dgn 3 org guru baru iaitu Cikgu Rubiah, Cikgu Mawar dan Ustazah Rosliza.

 Berdiri: Ustaz Khairul Anwar, Abang Rizal, Ustaz Shaubari, Pak Ya, Abang Zaki.
Duduk: Ustaz Jamil, Sir Azman, Ustaz Thalal, Ustaz Kassim, Ustaz Naser, Ustaz Adam, Ustaz Ruhaizad.